Wednesday, October 25, 2017

Hari Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan 2017

Tetamu dan Barisan Pengurusan Sekolah

Pelajar Tingkatan 5

Ucapan Alua-Aluan Pengetua

Ibu  bapa yang hadir

Antara penerima Sijil Graduasi

Antara penerima bersama ibu bapa/penjaga

Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan 2017 berlangsung pada 25 Oktober 2017. Seramai 53 orang pelajar tingkatan 5 menerima sijil graduasi. Pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 juga menerima hadiah kecemerlangan iaitu Anugerah Akademik (Kecemerlangan dalam Peperiksaan) selain Anugerah HEM (Kehadiran Penuh) dan Anugerah Kokurikulum (Penglibatan Peringkat Negeri) 2017. 
Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang terlibat.

Montaj video Graduasi Tingkatan 5 boleh dilawat di URL Youtube di bawah
https://www.youtube.com/watch?v=rowG9PtBJIY

atau saksikan di bawah :



Thursday, September 7, 2017

Taman Herba SMK Bukit Jalor

 Antara Tanaman Herba

 Tanaman dan Info Berguna Kepada Warga Sekolah

 Subur Menghijau

 Projek Yang Digalakkan oleh KPM

Berbudi Kepada Tanah Pasti Berbaloi

Taman Herba ini merupakan projek Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu dan Reka Bentuk Teknologi. Pastinya, projek ini bermanfaat. Pelajar mendapat ilmu pengetahuan dan mempunyai kesedaran alam sekitar. Mereka mendapat inspirasi untuk semangat berkebun dan mencubanya di rumah. Antara tanaman herba yang ada ialah daun rerama, cekur, ulam raja, belalai gajah, aloe vera dan ketumbar.