Saturday, March 31, 2018

Bengkel Pembelajaran PAK21 2018

 Pengetua turut menyertai aktiviti perbengkelan

Aktviti "One Stay Other Stray" bagi Modul Pendekatan Inkuiri,
Problem Based Learning, Projek dan Pendekatan STEM
 Aplikasi Suasana PAK21

 Pembentangan Hasil Kerja Kumpulan
Wakil Kumpulan Memberi Penerangan dan Bersoal Jawab

PAK21 mencetuskan Inovasi

Kolaborasi Membuahkan Idea Yang Bermanfaat

 Pengetahuan dan Pengalaman Menjana Transformasi
Bentang Ciri-Ciri PAK21 secara Berkumpulan

Anjakan Paradigma dalam Pendekatan Pembelajaran

Wakil Kumpulan bentangkan "Do" dan "Donts" dalam PAK21
Sabtu 31 Mac 2018..... Semua guru sanggup meluangkan masa pada hari Sabtu untuk bersama-sama menjayakan Bengkel PAK21.  Bengkel diadakan di Dewan Seri Jalor bagi memudahkan aktiviti secara kolaboratif dijalankan. Memerlukan ruang untuk bergerak terutamanya semasa aktiviti Gallery Walk, Pair and Share, One Stay Other Stray, Hot Seat dan Pembentangan Hasil Kumpulan.

Tahniah kepada semua guru terlibat kerana aktif berkolaborasi dan berkongsi idea serta pengalaman. Segalanya demi menjayakan aspirasi PAK21 di kelas pembelajaran pelajar-pelajar generasi kini.

Wednesday, March 28, 2018

Ceramah Antidadah Masih Ada Yang Sayang

Ceramah Yang Menginsafkan

Penceramah dari ADK Kuala Pilah

Pelajar menghayati  pengisian ceramah

Semua pelajar terlibat 

Berinteraksi dengan pelajar

Petang 28 Mac 2018 diserikan dengan ceramah khas sempena Program Hari Dadah. Penceramah dari ADK Kuala Pilah berjaya menyampaikan ceramah yang membuka mata dan menimbulkan kesedaran kepada pelajar. Pelajar sedar akan kepentingan menjauhi dadah dan mengelakkan pergaulan sosial yang kurang sihat. 
       Ceramah yang berkesan ini berupaya meningkatkan disiplin, jati diri dan tanggungjawab pelajar dalam usaha membasmi kegiatan negatif seperti gejala lepak dan ponteng sekolah yang boleh mendorong ke arah penglibatan dan pengaruh najis dadah.


Friday, March 16, 2018

Lawatan Kolaborasi Pendidikan Ke SK Bukit Jalor

Memorandum Persefahaman Kolaborasi Pendidikan
SMK Bukit Jalor dan SK Bukit Jalor

Taklimat Penyelaras Bilik PAK21 SK Bukit Jalor

Menandatangani MOU Kolaborasi Pendidikan 

Suasana Kelas PAK21 SK Bukit Jalor

Pembelajaran di Bengkel RBT

Sebahagian guru SMK Bukit Jalor dalam Lawatan


Di Bilik PAK21 yang canggih

16 Mac 2018..... Lawatan Penandaarasan ke SK Bukit Jalor disempurnakan dengan upacara memeterai persefahaman kolaborasi pendidikan antara SMK Bukit Jalor dan SK Bukit Jalor. SK Bukit Jalor sebagai sekolah transformasi yang terkenal dengan inovasi dan pencapaian pelaksanaan PAK21 menjadi contoh yang terbaik di daerah Tampin. Lawatan ini amat sesuai lantaran SK Bukit Jalor merupakan feeder school SMK Bukit Jalor.
Guru Besar SK Bukit Jalor, En. Basri bin Hj. Yusof memberikan taklimat perkembangan dan inisiatif yang dijalankan dalam menjayakan iklim dan kemudahan PAK21.

Wednesday, March 14, 2018

Ceramah Keselamatan dan Latihan Kebakaran Bersama Jabatan Bomba


 Pelajar berkumpul segera apabila
loceng kebakaran dibunyikan

Ceramah Pencegahan dan Tindakan Menghadapi
Kebakaran oleh Pegawai Bomba Gemas

 Pelajar meneroka tugas dan kelengkapan Bomba

Pelajar seronok menimba ilmu

 Guru-guru memeriksa keberadaan
pelajar di tapak perhimpunan

Pelajar mencuba memadamkan kebakaran 
dengan bimbingan pihak Jabatan Bomba 

Ceramah yang jelas dan bermanfaat 

 Bukan senang dapat peluang begini

Pengalaman yang berharga untuk kemahiran diri

Menghargai tugas anggota Bomba

14 Mac 2018... Latihan Kebakaran diadakan pada waktu pagi. Loceng kebakaran dibunyikan mengejutkan semua warga sekolah. Semua guru, staf dan pelajar berjaya mencapai target untuk berada di tapak perhimpunan dalam masa 5 minit. Tahniah.
     Pada petang, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat menyampaikan ceramah kesedaran keselamatan menghadapi kebakaran. Kemudian, demonstrasi memadam api dijayakan bersama pelajar. Pelajar serook mendapat pengetahuan dan pengalaman yang berharga.

Tuesday, March 13, 2018

Bengkel Pembelajaran Bermakna 2018 Bersama SIC+ PPD Tampin

 Bengkel mengikut Bidang

 Membina Rancangan Pelajaran yang sesuai dengan IKP Pelajar

 Memahami konsep Pembelajaran Bermakna 

 Ulasan terhadap hasil bengkel

 Penerangan oleh SIC+

 Inventori Kecerdasan Pelbagai sebagai asas PdPc Bermakna

Komentar terhadap perkara yang kurang difahami

Bengkel Pembelajaran Bermakna dijalankan pada 13 Mac 2018. Semua SIC+ PD Tampin menjadi fasilitator bagi menjayakan program. 
Jelasnya, IKP bukan sekadar maklumat. Ia menjadi asas bagi merancang aktiviti PdPc yang sesuai dengan tahap penerimaan pelajar supaya mereka berasa seronok dan mudah menguasai pembelajaran. 

Friday, March 2, 2018

Banner Pelajar Elit PT3 dan SPM 2018

 Selamat Berjaya Pelajar Elit PT3 dan SPM 2018

Pelajar Elit SPM - Target SPM dan Impian Kerjaya

Kejayaan PT3 dan SPM 2018 adalah impian mereka. 10 pelajar elit PT3 dan 10 pelajar elit SPM 2018 menetapkan sasaran untuk mencipta kecemerlangan tahun ini. Semoga keyakinan mereka akan membuahkan hasil yang diharapkan. Seterusnya, mencipta masa hadapan yang cerah dengan mencapai cita-cita mereka.
Banner yang dipasang di bangunan utama sekolah mencerminkan impian yang ingin dikongsi bersama dengan warga sekolah. Kami Boleh...