Friday, January 19, 2018

Kursus Kepimpinan Pelajar 2018

Ceramah dan Aktiviti oleh En. Kamarulzaman Hasanuddin
Pengetua SMK Tuanku Abdul Rahman Gemas (penceramah jemputan) 

Aktiviti Simulasi

 Aktiviti Menjana Kepemimpinan

 Turut Disertai 10 pengawas SMK TAR Gemas

 Aktiviti Dalam Kumpulan

 Aktiviti Bersama Kaunselor

 Bergambar Kenangan
Turut sama Guru Pengiring SMK TAR

 Aktiviti Team Building

 Aktiviti Untuk Pembentangan

Memupuk kerjasama antara satu sama lain

Jumaat 19 Januari 2018..... Semua pengawas, pengawas perpustakaan dan PRS yang baru dilantik, menjalani Kursus Kepimpinan Pelajar. 10 pengawas SMK Tuanku Abdul Rahman  turut serta.

Penceramah jemputan ialah Encik Kamarulzaman bin Hasanuddin, Pengetua SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas. Kursus ini amat penting dalam mengasah bakat kepimpinan dan meningkatkan self esteem semua pemimpin pelajar. Inspirasi untuk menggalas amanah sebagai insan yang diberi kepercayaan untuk menjadi pemimpin masa hadapan.

Thursday, January 18, 2018

Program Bacaan al-Quran Setiap Pagi

Bacaan al-Quran Individu

Hening Pagi dengan Alunan al-Quran

Sebahagian Pelajar yang terlibat

Setiap pelajar ada naskhah al-Quran masing-masing
(Label Nama pada setiap naskhah)

Setiap hari jam 6.45 pagi hingga 7.20 pagi

Pengetua hadir seawal jam 6.45 pagi -
prihatin terhadap pelaksanaan program setiap pagi

Membaca al-Quran budaya SMK Bukit Jalor

Antara budaya sekolah ini ialah Budaya membaca al-Quran. Mulai 7 Januari 2018, semua pelajar Islam yang datang awal digalakkan ke surau sekolah untuk bersama-sama menjayakan budaya membaca al-Quran. Kebanyakan pelajar terlibat ialah pelajar yang datang awal dengan menaiki bas. Bas terawal menghantar pelajar adalah pada jam 6.45 pagi. Mereka mempunyai masa yang panjang sebelum sesi pembelajaran bermula pada jam 7.30 pagi. Memang molek untuk mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah. 
           Semua pelajar Islam telah mempunyai naskhah al-Quran masing-masing. Setiap naskhah dilabelkan nama pelajar. Ia menjadi hak milik pelajar terlibat, membacanya di sekolah dari masa ke masa dan membawanya pulang apabila tamat persekolahan SPM nanti. Pengetua telah berjaya mendapatkan lebih 250 naskhah al-Quran. Mencukupi untuk semua pelajar Islam yang terlibat.

Tuesday, January 16, 2018

Kejohanan Merentas Desa Daerah 2018

Melibatkan Pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

 Larian Bertenaga Semasa Pelepasan Peserta

 Peserta SMK Bukit Jalor

Larian mengikut Kategori Bawah 12, Bawah 15 dan Bawah 18
Lelaki dan Perempuan

24 Januari 2018..... Sekali lagi SMK Bukit Jalor menjadi pengelola Kejohanan Merentas Desa Daerah Tampin. Sebagai acara wajib, peserta dari semua sekolah menyertai kejohanan ini.

Perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Azali bin Hashim, Timbalan PPD Daerah Tampin.Kejohanan berjalan lancar di trek yang ditetapkan manakala penyampaian hadiah diadakan di Dewan Seri Jalor.

Monday, January 15, 2018

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas Perpustakaan dan Pembimbing Rakan Sebaya 2018

 Barisan Kepemimpinan Pelajar
 Pemimpin Pelajar Bersemangat
 Ketua Pelajar, Kavin a/l Rajendran mengetuai ikrar

 Badan Pengawas, Pengawas Perpustakaan dan PRS
 Segak dan Berwawasan

 Badan Pengawas
 Pembimbing Rakan Sebaya
Pengawas Perpustakaan

15 Januari 2018..... Sempurnalah majlis penyampaian watikah kepimpinan pelajar oleh tuan pengetua kepada tiga badan kepimpinan pelajara iaitu Badan Pengawas, Pengawas Perpustakaan, dan Pembimbing Rakan Sebaya.

Semoga mereka bersemangat menjalankakan amanah sambil membentuk sahsiah dan mengasah kepemimpinan diri. Jadilah insan serba boleh yang cemerlang akademik, mampu memimpin dan mempunyai kemahiran berorganisasi.

Monday, January 8, 2018

Kebitaraan SMK Bukit Jalor 2018

Kebitaraan Sekolah 2018

Zon High Immersive Programme - Bahasa Inggeris

Rak Buku Bacaan 

Zon Selesa Membaca

Ada permainan bahasa

Mercu Tanda Zon HIP

Ruang Untuk Meningkatkan Budaya Berbahasa Inggeris

Salah satu budaya sekolah ini ialah penggunaan Zon HIP atau High Immersive Programme. Program ini termasuk dalam aktiviti MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris. 
      Zon HIP diwujudkan di hadapan Bilik Guru dan Bilik PPKI. Pelbagai bahan bacaan, paparan info bahasa, permainan bahasa dan ruang aktiviti disediakan. Sentiasa terbuka kepada warga sekolah untuk menggunakan kemudahan yang ada untuk meningkatkan budaya bahasa Inggeris. 


Saturday, January 6, 2018

Gotong Royong Kelas Awal Tahun 2018

 Menceriakan kelas

 Kerjasama Sesama Rakan Sekelas

 Memastikan Kelas Yang Kondusif

 Menyiapkan Info Papan Kenyataan Kelas 

 Meja Yang Kemas dan Ceria

Pelajar Tingkatan 1 pun bersemangat

Salah sebuah kelas yang hebat keceriaannya

Pada 6 Januari 2018, program gotong-royong kelas dijalankan di semua kelas. Hari Sabtu pertama pada minggu pertama persekolahan memang sesuai untuk aktiviti gotong-royong. Sebelum belajar, perlu memastikan kelas yang ceria dan kondusif. Ada yang mengecat kelas supaya tambah berseri. bahrulah seronok nak bersekolah pada awal tahun ini..

Friday, January 5, 2018

Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 2018


Ceramah Alam Remaja

Sebahagian pelajar tingkatan 4

Taklimat oleh Guru-Guru

Slot ceramah oleh penceramah jemputan

Pada 5 Januari 2018, pogram orientasi tingkatan 4 diadakan. Pelajar mendapat pemahaman yang jelas tentang konsep pensijilan terbuka SPM, dan mendapat gambaran mengenai peluang melanjutkan pelajaran ke IPT mengikut elektif masing-masing. Melalui program ini, mereka lebih memahami  kepentingan disiplin dan peraturan sekolah serta mengamalkan akhlak yang mulia.
       Ceramah Keremajaan turut diadakan dengan perkongsian ilmu oleh penceramah undangan, Puan Khalilah.


Thursday, January 4, 2018

Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 2018

Bersama Puan Zainon, Guru Bimbingan Kaunseling 

Sesi Taklimat oleh Guru-Guru

Aktiviti Kumpulan

Mengenali Sekolah

Pelajar tingkatan 1 menjalani Ujian Minat Kerjaya

Pada 2 hingga 4 Januari 2018, program Orientasi Tingkatan 1 diadakan. Seramai 56 pelajar baharu bersemangat memasuki alam sekolah menengah. Antara aktiviti yang diadakan ialah taklimat pentadbiran, hal ehwal murid, kokurikulum, disiplin, skim pinjaman buku teks, kaunseling selain ujian minat kerjaya dan ujian personaliti.
        Tahniah kepada semua pelajar terlibat yang menunjukkan disiplin diri yang tinggi dan persefahaman yang baik. Meskipun datang dari 5 sekolah rendah yang berbeza, mereka dapat menyesuaikan diri dan memahami iklim pembelajaran sekolah menengah.