Bacaan al-Quran Individu
Hening Pagi dengan Alunan al-Quran
Sebahagian Pelajar yang terlibat
Setiap pelajar ada naskhah al-Quran masing-masing
(Label Nama pada setiap naskhah)
Setiap hari jam 6.45 pagi hingga 7.20 pagi
Pengetua hadir seawal jam 6.45 pagi -
prihatin terhadap pelaksanaan program setiap pagi
Membaca al-Quran budaya SMK Bukit Jalor
Antara budaya sekolah ini ialah Budaya membaca al-Quran. Mulai 7 Januari 2018, semua pelajar Islam yang datang awal digalakkan ke surau sekolah untuk bersama-sama menjayakan budaya membaca al-Quran. Kebanyakan pelajar terlibat ialah pelajar yang datang awal dengan menaiki bas. Bas terawal menghantar pelajar adalah pada jam 6.45 pagi. Mereka mempunyai masa yang panjang sebelum sesi pembelajaran bermula pada jam 7.30 pagi. Memang molek untuk mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah.
Semua pelajar Islam telah mempunyai naskhah al-Quran masing-masing. Setiap naskhah dilabelkan nama pelajar. Ia menjadi hak milik pelajar terlibat, membacanya di sekolah dari masa ke masa dan membawanya pulang apabila tamat persekolahan SPM nanti. Pengetua telah berjaya mendapatkan lebih 250 naskhah al-Quran. Mencukupi untuk semua pelajar Islam yang terlibat.
No comments:
Post a Comment