Hal Ehwal Murid


1
1. JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID

Pengerusi                    : En. Affendi b. Mohd Noor - Pengetua
Timbalan Pengerusi     : Tn. Hj. Abd Raub b. Abdul Rahman - GPK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi  1       : En. Syed Naseer Bin Syed Mohideen - GPK 1
Naib Pengerusi  2       : En. Khairuddin b. Abdullah - GPK Kokurikulum
Setiausaha                  : En. Rajendran a/l Suppiah - Ketua Guru Disiplin    
AJK                             : Pn. Norliza bt. Ismail 
: En.Tangaraju a/l Valusamy
: Pn. Hjh. Zainon bt. Mohamed Yusop
: Semua Ketua Bidang
: Ketua Pekerja

Tugas:
1.         Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu dan mengkaji semula dari masa ke semasa.
2.         Kes-kes disiplin yang berat dirujuk kepada pengetua sebelum tindakan diambil ke atas pelajar berkenaan.
3.         Membincangkan masalah kebajikan pelajar dengan tujuan untuk membimbing dan membantu dalam menangani masalah tersebut.
4.         Menimbangkan dan menerima pandangan dan cadangan dari pelajar, guru serta ibu bapa mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.
5.         Memberi bimbingan dan panduan dalam hal pelantikan pengawas-pengawas sekolah.
6.         Saling berhubung dengan ‘bapa angkat polis’ untuk mendapat nasihat, pandangan dan kerjasama.

2          LEMBAGA DISIPLIN,TATATERTIB DAN RAYUAN MURID

Pengerusi                    : En. Affendi b. Mohd Noor - Pengetua
Naib Pengerusi            : Tn. Hj.Abd Raub b. Abdul Rahman - GPK Hal Ehwal Murid
Setiausaha                  : En. Rajendran a/l Suppiah
AJK                               : Pn. Norliza bt. Ismail
                                    : Pn. Hjh. Zainon bt. Mohamed Yusop
                                    : En. Tangaraju a/l Valusamy
                                      En. Ismail b. Aziz
                                    : Pn. Nora bt. Ibrahim

Tugas:
1.         Merangka dan menentukan dan melaksanakan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan Pekeliling Kementerian dan Jabatan Pendidikan.
2.         Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah.
3.         Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas.
4.         Membantu Lembaga Disiplin Sekolah untuk mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan serius yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan sementara atau hukuman buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.  9/1975.  Setiausaha Lembaga Disiplin atas nasihat pengetua boleh memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin.
5.         Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin dalam semua majlis sekolah.
6          Mewujudkan sistem rekod disiplin dan sistem pemantauan yang berkesan.
7.         Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan Prinsip-Prinsip Rukunegara.
8.         Menerima laporan pengawas / guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.
9.         Menanam semangat kekitaan melalui slogan “SEKOLAHKU RUMAHKU” supaya peraturan sekolah menjadi satu budaya.
10.       Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakili oleh Pengetua.
11.       Menjalankan rondaan dengan bantuan Guru Bertugas Mingguan untuk mengesan pelajar yang melanggar disiplin sekolah.
12.       Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada KPM/JPNNS/PPD.
13.       Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin pelajar.
14.       Menjadi Pegawai Perhubungan diantara ibu bapa /penjaga dalam menangani masalah disiplin.

Tugas Setiausaha Lembaga Disiplin
1.         Memanggil mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat Lembaga Disiplin.
2.         Menyampaikan minit mesyuarat serta keputusan Lembaga Disiplin kepada semua guru.
3.     Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin dari masa ke semasa di perhimpunan sekolah.
4.         Bertanggungjawab:
4.1       Menyenarai dan mengemukakan calon pengawas kepada GPK HEM.
4.2       Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan Sekolah
4.3       Menyediakan laporan tahunan Lembaga Disiplin.
4.4       Memastikan semua guru tingkatan dan semua guru merekodkan disiplin pelajar dalam SSDM / Borang Laporan Kesalahan Disiplin.

Tugas Guru Disiplin:
1.         Membantu Pengetua merangka peraturan sekolah.
2.         Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah.
3.         Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.
4.         Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar.
5.         Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakili oleh Pengetua.
6.         Menjadi pengawai perhubungan diantara pihak sekolah dengan ibu bapa /penjaga dalam menanggani masalah disiplin.
7.         Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cintakan sekolah dalam kalangan pelajar dan guru.
8.         Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin / buku laporan disiplin.
9.         Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada GPK HEM seminggu sekali.
10.       Menghubungi pihak polis jika perlu.
11.       Bekerjasama dengan guru bertugas untuk meronda kawasan sekolah (spot check).
12.        Memberi maklumat kepada GPK HEM berhubung kes-kes yang serius seperti:
penyalahgunaan dadah, gambar lucah, video lucah, majalah lucah, peras ugut, kumpulan haram, bohsia, bohjan dan lain-lain.
13.       Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari-hari yang difikirkan perlu seperti hari terakhir persekolahan / peperiksaan awam,  Hari Sukan,  Hari Keluarga dan  Majlis-Majlis Sekolah.

3          JAWATANKUASA LEMBAGA PENGAWAS

Pengerusi                    : En. Affendi b. Mohd Nor - Pengetua
Naib Pengerusi             Tn. Hj. Abd Raub b. Abdul Rahman - GPK Hal Ehwal Murid
Setiausaha                  : En. Ismail b. Aziz
                                    : Pn. Siti Aishah bt. Malek
                                    : En. Muhamad Syarif b. Sakani                      
                                                                       
Tugas:
1.         Mengenalpasti calon-calon pengawas.
2.         Menyenaraikan dan mengemukakan calon pengawas kepada GPK HEM.
3.         Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas.
4.         Mengendalikan temuduga pemilihan pengawas.
5.         Merangka dan melaksanakan program/ kursus kepimpinan yang berkaitan dengan pengawas.
6.         Membimbing dan memantau para pengawas supaya dapat menjalankan dengan sempurna.
7.         Memastikan para pengawas sentiasa berdisiplin serta menampilkan imej yang sesuai sebagai seorang pemimpin pelajar.
8.         Menyediakan sijil penghargaan kepada pengawas.
9.         Memastikan pengawas bertugas mengikut arahan dan jadual yang telah disusun.


13.4     JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

Pengerusi                    : En. Affendi b. Mohd Noor - Pengetua
Naib Pengerusi           : Tn. Hj. Abd Raub b. Abdul Rahman - GPK Hal Ehwal Murid
Setiausaha                  : Pn. Nur Hidayat bt.Yusof
AJK                             : Pn. Julaidah bt. Suboh (Men. Atas)
                                    : Pn. Siti Hajar bt. Muhammad Isa (Men. Rendah)
                                    : Kelab  SPBT
Tugas:
1.         Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks (3 kali, awal,pertengahan dan akhir tahun)
2.         Mengedarkan borang permohonan kepada semua pelajar.  Borang yang lengkap dikumpulkan oleh Guru Tingkatan dan diberikan kepada guru SPBT.
3.         Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa SPBT dipengerusikan oleh Pengetua/Penolong Kanan HEM bagi menentukan pelajar-pelajar yang layak mendapat bantuan bagi tahun semasa.
4.         Membuat pesanan buku pada pertengahan tahun ke Biro Buku Teks/Jabatan.
5.         Membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya.
6.         Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual.
7.         Menentukan tarikh pengedaran dan pemulangan buku teks.
8.         Mendapatkan borang dari pelajar baru dan menghantar borang SPBT ke sekolah pelajar yang bertukar.
9.         Mengurus dan menyimpan rekod buku stok dan inventori, hapuskira, buku rosak dan buku hilang.
10.       Menguruskan Bilik SPBT.
11.       Memastikan pelajar membalut buku SPBT dengan pembalut plastik.
12.       Menyediakan senarai buku teks bagi setiap tingkatan untuk diedarkan kepada pelajar yang tidak mendapat pinjaman SPBT.
13.       Menceriakan Bilik BOSS dan mengemaskini fail untuk pertandingan.

5          JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING / PRS / PPda

Pengerusi                    : En. Affendi b. Mohd Noor - Pengetua
Naib Pengerusi           : Tn. Hj. Abd Raub b. Abdul Rahman - GPK Hal Ehwal Murid
Setiausaha                  : Pn. Hjh Zainon bt. Mohamed Yusop - Kaunselor
AJK                             : Pn. Norliza bt. Ismail
                                    : Pn. Rose bt Hanifah (Ppda)
                                                                           
Tugas:
1.         Khidmat Unit Bimbingan dan Kaunseling meliputi semua aspek bimbingan dan kaunseling iaitu: Bimbingan Pelajar,  Bimbingan Kerjaya,  Bimbingan Sosial,  Bimbingan Sahsiah,  Bimbingan Psikologi, Psikometrik, Bimbingan Pencengahan Dadah / AIDS
2.         Menyediakan perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan.
3.         Mengelolakan Program Orientasi:
3.1       Penerapan budaya sekolah bagi Tingkatan Peralihan, Satu dan Empat
3.2       Penerangan mengenai pemilihan mata pelajaran elektif peringkat menengah atas
3.3       Penerangan mengenai sukatan dan pemilihan mata pelajaran di peringkat sekolah (KBSM)
3.4       Bimbingan peluang-peluang melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
4.         Mengelola dan mengurus Bilik Bimbingan dan Kaunseling secara berkesan.
5           Membentuk pasukan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
6.         Menubuhkan dan mengelola Kelab Kerjaya.
7.         Menyedia dan memaklumkan Jadual Tugas, Temujanji dan Aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling.
8.         Menyelaraskan hubungan dengan jabatan / agensi luar untuk mendapat khidmat nasihat.
9.         Menjalankan soal-selidik untuk mendapat maklum balas mengenai budaya sekolah (sampling)
10.       Menjalankan ujian khas untuk mengesan potensi, minat dan sahsiah pelajar.
11.       Mengadakan program khas bagi kumpulan pelajar bermasalah (berisiko tinggi).
12.       Mengadakan program khas untuk pencegahan dadah dan penyakit AIDS.
13.        Menjalankan program 5 minit anti dadah dalam perhimpunan rasmi Hari Isnin mengikut silibus yang telah ditetapkan.
14.        Menceriakan dan mengemaskini sudut  PPda.
15.        Menyertai aktiviti luar anjuran pihak PPD, JPNS dan agensi  lain.

6          JAWATANKUASA KESIHATAN DAN KEBAJIKAN  MURID

Pengerusi                    : En. Affendi b. Mohd Noor - Pengetua
Naib Pengerusi            : Tn. Hj Abd Raub b. Abdul Rahman - GPK Hal Ehwal Murid
Setiausaha                   : En.Tan Mun Chai - Denggi / Aedes / Pertandingan Luar / Kebajikan
                                     : Pn.Julaidah bt Suboh - Buku Rekod  Kesihatan / Bilik Kesihatan
                                    : Pn. Leha bt Mahmud - Suntikan HPV / Titanus/Ceramah / Pergigian
                                   
Tugas:
Kebajikan
1.         Mengurus hal ehwal kebajikan pelajar yang memerlukan bantuan khusus seperti:
                 1.1. Pelajar miskin
                 1.2. Kemalangan
                 1.3. Kematian
                 1.4. Kecemasan / bencana
                 1.5  Rawatan berterusan (kronik)
2.         Mendapatkan senarai pelajar yang layak menerima bantuan berdasarkan keutamaan dan keperluan.
3.         Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping meningkatkan keperihatinan pelajar terhadap kebajikan.
4.         Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang dikemaskini dan disahkan oleh Pengetua.
5.         Menubuhkan Tabung Kebajikan Pelajar.

Kesihatan
1.         Mengurus dan memastikan Bilik Rawatan dan peti ubat disediakan dan dilengkapi.
2.         Menyedia peraturan penggunaan Bilik Rawatan.
3.         Mengumpul dan mengurus kad kesihatan dengan kerjasama guru tingkatan.
4.         Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan /gigi oleh Pegawai Jabatan Kesihatan.
5.         Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah, pameran dll.
6.         Mengurus pelajar yang memerlukan rawatan dengan bantuan guru bertugas harian.
7.       Mengadakan gotong royong bagi tujuan membasmi wabak penyakit seperti Denggi, Kencing Tikus dll.

7          JAWATANKUASA BIASISWA


Pengerusi                    : En. Affendi bt. Mohd Noor - Pengetua
Naib Pengerusi           : Tn. Hj. Abd Raub b. Abdul Rahman - GPK Hal Ehwal Murid
Setiausaha                  Pn. Nurul Salwanis bt. Fakri / Pn. Norazizah bt. Abdul Karim  (BKP/BRN/ dll)
 AJK                            : En. Mohammad Rafi b. Mohammad Janor (Data Pelajar Miskin / Anak Yatim)
                                    : Pn. Norliza bt. Ismail (KWAMP / Dermasiswa / Yayasan)
                                    : Semua Guru Tingkatan
Tugas:
1.         Meneliti pekeliling Kementerian Pendidikan/Penaja untuk memastikan syarat permohonan biasiswa dipatuhi.
2.         Menyimpan rekod pemegang biasiswa mengikut jenis dan tingkatan.
3.         Mengedarkan borang biasiswa kepada pelajar tingkatan satu dan empat serta  lain-lain mengikut kehendak tawaran.
4.         Menyemak permohonan biasiswa, menentukan tarikh penghantaran membuat penilaian dan perakuan.
5.         Memastikan bantuan biasiswa dibankkan dan diagihkan dengan segera.
6.         Menyemak daftar pemegang biasiswa mengikut tingkatan setiap penggal dan menyediakan data.
7.         Memberitahu ibu bapa/penjaga pelajar yang mendapat biasiswa.
8.         Menyemak prestasi pemegang biasiswa dan menyampaikan laporan kepada GPK HEM.
9.         Menghantar surat amaran kepada ibu bapa/penjaga bagi pemegang biasiswa yang prestasinya merosot.
10.       Menentukan semua pemegang biasiswa mempunyai Akaun Simpanan Giro  di Bank Simpanan Nasional.
11.       Menentukan daftar buku / rekod penerimaan cek / baucer di pejabat.
12.       Mewujudkan borang kawalan pengeluaran wang dan penggunaan wang biasisiwa.
13.       Memastikan semua buku akaun disimpan di pejabat sekolah (PK HEM)
14.       Menentukan semua dokumen disimpan dengan selamat.

8     JAWATANKUASA PEROLEHAN KANTIN SEKOLAH

Pengerusi                    : En. Affendi b. Mohd Noor - Pengetua
Naib Pengerusi            : Tn. Hj. Abd Raub b. Abdul Rahman - GPK Hal Ehwal Murid
Setiausaha                   : Cik Badariah bt. Rosli
                                       : Pn. Geraldine Anyi
                                       : Pn. Saadiah bt. Hashim - Pengurus Kantin
Tugas:
1          Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan Pekeliling Kementerian Pendidikan Kesihatan.
2.         Memastikan jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian.
3.         Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-syarat perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan.
4.         Memastikan penyediaaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat dan menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.
5.         Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria.
6.         Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapat suntikan yang diperlukan.
7.         Memastikan semua pekerja kantin memakai apron dan tutup kepala yang bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan.
8.          Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji/ disimpan di dalam bekas yang bertutup.
9.         Memaklumkan kepada pengusaha kantin hari-hari persekolahan.
10.       Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
11.       Membuat laporan mingguan dengan kerjasama guru bertugas mingguan di dalam Borang Laporan mingguan kantin melalui borang pemantauan kantin.
12.       Menyampaikan laporan bulanan kepada Pengetua/Penolong Kanan HEM tentang prestasi kantin.
13.       Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kantin 3 kali setahun dan perbincangan dari masa ke masa.
14.       Memastikan layanan cepat dan mesra.
15.       Memastikan menu mengikut Buku Panduan Pemakanan Sihat.

9          JAWATANKUASA PENDAFTARAN & KEDATANGAN MURID / E- HADIR

Pengerusi                    : En. Affendi b. Mohd Noor - Pengetua
Naib  Pengerusi I        : En. Syed Naseer Bin Syed Mohideen - GPK 1
Naib  Pengerusi II       : Tn. Hj. Abd Raub b. Abdul Rahman - GPK Hal Ehwal Murid
Setiausaha                  : Pn. Norrohanikhaira bt. Mukhtar     
AJK                              : En Wan Ramzila b. Abu Samah (Pegawai Operasi)
                                       Cik Nor Jamaliah bt. Md San  (Pegawai Operasi)
                                     : Semua Guru Tingkatan

Tugas:
1.         Menyemak Jadual Kedatangan/Buku Daftar bagi memastikan semua butir yang dikehendaki telah diisi oleh guru tingkatan.
2.         Memastikan Jadual Kedatangan harian ditanda oleh guru tingkatan selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku jadual kedatangan/daftar pelajar di pejabat.
3.         Menyemak buku kedatangan setiap awal bulan bagi memastikan daftar kedatangan bulan sebelumnya ditutup.
4.         Mengingatkan guru tingkatan terhadap pelajar yang tidak hadir ke sekolah (3 hari berturut-turut).
5.            Memastikan & mengingat  guru kelas menghantar  bilangan pelajar tidak hadir ke pejabat untuk 
               E-Hadir sebelum jam 8.30 pagi (Buku Rekod Kehadiran)

10     JAWATANKUASA PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

Pengerusi                    : En. Affendi b. Mohd Noor - Pengetua
Naib Pengerusi           : En. Syed Naseer Bin Syed Mohideen - GPK 1
                                    : Tn. Hj. Abd Raub b. Abdul Rahman -GPK Hal Ehwal Murid
Setiausaha                  : Pn. Nurfadzilah bt. Fuzai
AJK                             : En. Rajendran a/l Suppiah- Ketua Guru Disiplin
                                      En. Ismail b. Aziz  - Ketua Guru Pengawas
                                      Guru Bertugas Mingguan
                                    : Semua Pengawas

Tugas:
1.         Menyedia dan mengurus semua peralatan perhimpunan, Lagu Negaraku, Pembaca Doa,      
             Pengerusi Majlis dan Guru Bertugas sebelum perhimpunan ( selewat – lewatnya hari Jumaat )
2.         Memaklumkan kepada kepada pengerusi ,pentadbir  serta guru – guru yang akan berucap atau sebarang acara yang akan berlangsung pada perhimpunan pagi Isnin.
3.         Memastikan perhimpunan mengikut masa yang ditetapkan (7.30pagi – 8.10 pagi)
4.         Memastikan perjalanan perhimpunan mengikut aturcara yang ditetapkan.
5.         Memastikan kehadiran  guru  dicatat dalam buku Rekod Kehadiran Perhimpunan Rasmi.
6.         Memastikan pelajar dalam keadaan senyap dengan kerjasama pengawas sekolah
7.         Memastikan pelajar beratur mengikut tingkatan.
8.         Memastikan tempat perhimpunan rasmi telah dimaklumkan sebelum hari Isnin
9.          Guru Bertugas  mengambil kehadiran  terkini pelajar. 

11        JAWATANKUASA KESELAMATAN, KECERIAAN DAN KEBERSIHAN (3K)


Pengerusi                    : En. Affendi b. Mohd Noor - Pengetua
Naib Pengerusi           : En. Syed Naseer Bin Syed Mohideen - GPK 1
                                    : Tn. Hj. Abd Raub b. Abdul Rahman - GPK Hal Ehwal Murid
                                    : En. Khairuddin b. Abdullah - GPK Kokurikulum
Setiausaha                  : Pn. Zanariah bt. Abdul Hamid
AJK                             : Pn. Siti Hajar bt.Muhammad Isa
                                    : Semua Guru Tingkatan 
                                      Pekerja Swasta                                                                   
Tugas:
Keselamatan:
1.         Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh Kementerian Jabatan Pendidikan dan PPD.
2.         Merancang program keselamatan institusi sekolah seperti:
           Keselamatan lalulintas.
           Keselamatan bangunan dan perabot.
           Keselamatan di makmal/bengkel/bilik ERT dan lain-lain bilik khas.
3          Mewujudkan kerjasama sekolah dengan pihak polis/polis trafik, bomba, JKR/JKR Elektrik.
4          Menggalakkan skim perlindungan diri kepada pelajar.
5          Memastikan alat pencegah kebakaran mencukupi dan berfungsi.
6          Memastikan sistem lalulintas di kawasan sekolah dan kawasan berhampiran selamat.
7          Menetapkan pergerakan lalulintas dan tempat letak kereta pada waktu majlis rasmi sekolah.
8          Menyediakan papan makluman untuk memberitahu pelawat supaya mendapat kebenaran Pengetua sebelum berurusan di sekolah.
9          Mendapatkan kerjasama pihak polis untuk mengawal keselamatan lalulintas [jika perlu].
10        Mencadangkan lantikan pengawal lalulintas sekolah kepada Pengetua
11        Mengadakan latihan mengosongkan bangunan 2 kali setahun.
12        Memastikan peraturan keselamatan bilik-bilik khas ditampal di bilik darjah dan di dalam buku latihan pelajar.
13        Meletakkan tanda amaran ‘BAHAYA’ di tempat yang bahaya.
14        Merancang pergerakan lalulintas di tempat letak kenderaan pada masa rasmi sekolah.
15        Menetapkan laluan tertentu untuk pelajar bagi mengelakkan kesesakan

Kebersihan dan Keceriaan Sekolah:
1.         Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah dari masa ke masa.
2.         Menyediakan pelan induk lanskap sekolah.
3.         Merancang dan menaja berbagai-bagai projek kebersihan dan keceriaan sekolah seperti:
           Kempen kebersihan.
           Pertandingan kebersihan kelas.
           Pertandingan Mengarang Esei Kebersihan
           Ceramah-ceramah kebersihan
           Pertandingan poster kebersihan
           Menanam bunga/pokok di kawasan sekolah.
           Lawatan ke sekolah-sekolah lain.
4.         Mengadakan projek-projek bersama di antara pihak sekolah dengan pihak luar (PIBG, Persatuan Bekas Pelajar dan sebagainya) bagi mempertingkatkan mutu kebersihan sekolah.
5.         Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan keceriaan dan menyelia kerja-kerja kebersihan yang dijalankan oleh AJK ini.
6.         Menyusun jadual kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa ini dari masa ke semasa dan membuat laporan kemajuan kerja.

12     JAWATANKUASA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) / APDM

Pengerusi                    : En. Affendi b. Mohd Noor - Pengetua
Naib Pengerusi           : En. Syed Naseer Bin Syed Mohideen - GPK 1
Naib Pengerusi I         : Tn. Hj. Abd Raub b. Abdul Rahman - GPK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi II        : En. Khairuddin b. Abdullah - GPK Kokurikulum
Setiausaha                  : En. Mohamad Rafi b. Mohamad Janor
 AJK                            : Pn. Nazmi Izyan bt. Azmi
                                    : Semua Guru Tingkatan                   
Tugas:
1.         Menyediakan dan mengemaskini data EMIS dan borang M.
2.         Menyelaras permintaan maklumat dari Pejabat Pendidikan Daerah/Pejabat Pendidikan Bahagian (PPD/PPB), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
3.         Bertanggungjawab membekalkan maklumat kepada PPD/PPB, JPN dan KPM.
4.         Bertanggungjawab memastikan kekemaskinian dan kesahihan maklumat mengikut Jadual yang telah ditetapkan di peringkat sekolah.
5.         Bertindak sebagai pengantara dalam rangkaian maklumat di antara Kementerian Pendidikan JPN, PPD/PPB dengan sekolah.
6.         Bertanggungjawab dalam aktiviti pengurusan maklumat di peringkat sekolah, dari segi   pengumpulan pemprosesan, penganalisaan, penyimpanan dan keselamatan data.
7.         Bertanggungjawab melatih kakitangan berkaitan di bawah kawalannya.
8.         Bertanggungjawab dalam perolehan, penyenggaraan peralatan, perisian dan jaringan yang di  bawah kawalannya.
9.         Menghasilkan dan menyebarkan laporan statistik dan maklumat pendidikan di peringkat sekolah.
10.       Bertanggungjawab mewujudkan inventori perkakasan dan kemudahan komputer bagi pengurusan. 

           

No comments:

Post a Comment