Ceramah Yang Menginsafkan
Penceramah dari ADK Kuala Pilah
Pelajar menghayati pengisian ceramah
Semua pelajar terlibat
Berinteraksi dengan pelajar
Petang 28 Mac 2018 diserikan dengan ceramah khas sempena Program Hari Dadah. Penceramah dari ADK Kuala Pilah berjaya menyampaikan ceramah yang membuka mata dan menimbulkan kesedaran kepada pelajar. Pelajar sedar akan kepentingan menjauhi dadah dan mengelakkan pergaulan sosial yang kurang sihat.
Ceramah yang berkesan ini berupaya meningkatkan disiplin, jati diri dan tanggungjawab
pelajar dalam usaha membasmi kegiatan negatif seperti gejala lepak dan ponteng
sekolah yang boleh mendorong ke arah penglibatan dan pengaruh najis dadah.
No comments:
Post a Comment