Wednesday, April 25, 2018

Program Debriefing Pelajar Elit SPM 2018

 Pelajar Elit SPM 2018 membuat "debriefing"
kepada pengurusan sekolah dan ibu bapa/penjaga

 Kavin a/l Rajendran Ketua Pelajar 2018

 Antara ibu bapa/penjaga yang hadir

 Bentangkan tindakan ke arah mencapai target SPM

 Antara Pelajar Elit dari kelas 5 Sains
 Salah seorang pelajar elit 5 Perniagaan

 Borang Target SPM 2018 

 Target SPM untuk dicapai dengan kerjasama
sekolah dan ibu bapa/penjaga
 Majlis Menandatangi Borang Target dan
Penyerahan Borang Target SPM 2018

 Datuk kepada pelajar elit kembar 5 Sains
Bersama membantu anak-anak ke arah kejayaan

Akujanji SPM ditandatangani disaksikan ibu

25 April 2018... Seramai 10 pelajar elit SPM 2018 membuat debriefing kepada barisan pengurusan sekolah dan ibu bapa/penjaga masing-masing. Ibu bapa/penjaga serta pihak sekolah mendengar pembentangan powerpoint anak-anak. Mereka memahami target SPM dan mengetahui masalah-masalah anak serta tindakan yang perlu diambil.
     10 pelajar terlibat ialah Anis Suraya bt Kamaruzzaman, Eva Kan Kuan Yee, Evon Kan Kuan Lam, Ezzatul Najwa bt Manan, Kavin a/l Rajendran, Lim Yoke Wei, Puteri Anura bt Mohd Noh, Siti Nur Aishah bt Zolkafli, Siti Salbiah bt Mohd Fuad dan Tamilarasi a/p Rajan.
     Yang Dipertua PIBG, Puan Faridah Abdul Rahman turut mencadangkan beberapa aktiviti tambahan bagi memastikan motivasi diri dan iltizam tinggi dalam kalangan pelajar elit SPM 2018.
Semoga mereka akan berjaya mencapai sasaran yang diharapkan tahun ini. Kami Boleh, demikian ungkapan bersemangat mereka pada akhir program. Program yang bermula jam 3.00 petang ini selesai pada jam 4.40 petang. 

No comments:

Post a Comment